Tuesday 14 January 2014

DIRIKU MUSAFIR


And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.
@
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
[SURAH AZ-ZARIYAT : AYAT 56]

          Mungkin ada antara kita yang terlupa seketika tentang tujuan utama kita dihantar kemuka bumi ini kerana sibuk menjalani kehidupan seharian. Ramai yang tahu akan hakikat ini, cuma sejauh manakah kita sedar akan perkara ini dan sedalam mana kita menghayati tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita. Entry ini bukanlah untuk mengajar pembaca untuk beribadat kepada Allah. Semoga dengan entry yang ringkas ini membuat diri kita bermuhasabah kembali atas kehidupan seharian yang telah kita lalui.

          Saya petik kata-kata ini daripada seorang ustaz, semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Katanya, manusia ini mempunyai dua kelemahan. Jika ditawarkan dua perkara ini, kebanyakan kita akan tewas kepada tawaran ini, iaitu kekuasaan dan juga keabadian. Nabi Adam As juga tewas dengan tawaran ini yang telah ditawarkan oleh iblis kepadanya. Namun Nabi Adam As bukanlah tewas dengan sekali pujukkan, malah kata para ulama terlalu banyak kali Nabi Adam menolak godaan iblis dan akhirnya barulah dia termakan dengan janji palsu itu.

          Lihatlah, kerana ingin memiliki kekuasaan manusia sanggup berperang antara satu sama lain, berperang antara saudara, berperang sesame kaum, sanggup berbunuhan demi mendapatkan kekuasaan. Lihatlah pula bagaimana manusia kini berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai sesuatu yang tidak mungkin dia miliki iaitu hidup yang abadi. Ada sesetengah manusia yang percaya bahawa satu hari nanti dengan kecanggihan teknologi, manusia yang mati pasti dapat dihidupkan kembali, lalu mereka pun menyeruh orang-orang menyimpan mayat mereka nanti supaya mereka dapat dihidupkan kembali.

          Lihatlah juga diri kita ini, yang bertindak seakan-akan kita pasti hidup keesokan harinya. Amal kebajikan, amal ibadat serta taubat kita sering ditangguh-tangguhkan kerana telah terbiasa dengan esoknya pasti kita akan bangun seperti biasa. Hal ini membuatkan diri kita leka dan terus terleka. Terlalu asyik mengejar dunia yang sementara sehingga lupakan akhirat yang kekal selamanya. Mengumpul harta seakan-akan kita akan hidup selamanya. Ingatlah wahai sahabatku sekalian, hidup itu hanyalah insyaAllah (dengan keizinan Allah), manakala mati itu pasti.

Every soul shall have a taste of death
@
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati
[SURAH ALI IMRAN : AYAT 185]

Dari Ibnu 'Umar RA berkata,
"Rasulullah SAW memegang kedua pundakku lalu bersabda, 
"Jadilah engkau hidup di dunia seperti orang asing atau musafir (orang yang bepergian)." 
Lalu Ibnu 'Umar RA menyatakan, 
"Apabila engkau berada di sore hari, maka janganlah menunggu hingga pagi hari. Dan apabila engkau berada di pagi hari maka janganlah menunggu hingga sore hari. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu."
[HADIS RIWAYAT BUKHARI]

Blessed be He in Whose hands is Dominion and He over all things hath Power
@
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[SURAH AL-MULK : AYAT 1]

Allah - there is no deity except Him, the Ever-Living, the Sustainer of [all] existence. Neither drowsiness overtakes Him nor sleep. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. Who is it that can intercede with Him except by His permission? He knows what is [presently] before them and what will be after them, and they encompass not a thing of His knowledge except for what He wills. His Kursi extends over the heavens and the earth, and their preservation tires Him not. And He is the Most High, the Most Great.
@
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
[SURAH AL-BAQARAH : AYAT 255]
[AYAT KURSI]

          Ingatlah bahawa mati itu sangat dekat dengan kita. Malaikat maut datang menjenguk kita 70 kali sehari, hampir setiap 20 minit. Setiap hari kubur memanggil kita. Usia semakin lanjut, dan tidak mungkin dapat kembali ke masa lalu. Tidak ada yang kekal bersama kita, kecuali bekalan pahala. Masih banyak lagi perhentian yang kita perlu lalui selepas kehidupan di dunia ini.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Sesungguhnya kubur itu, singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.”
[HADIS RIWAYAT AT-TARMIZI]

          Antara tujuan hidup kita ini secara ringkasnya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah iaitu beribadat kepada-Nya. Tujuan yang seterusnya pula ialah menjadi khalifah di muka bumi ini untuk mentadbir bumi ini dengan mengurus alam ini dengan bijaksana dan dengan cermat. Tugas khalifah juga untuk menegakkan agama Allah dengan apa cara sekalipun. Contohnya dalam bidang ekonomi, bidang akademik, bidang politik dan juga lain-lain lagi.

And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority."
@
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
[SURAH AL-BAQARAH : AYAT 30]


~Apa yang baik itu daripada Allah~
~Apa yang buruk itu daripada diri sendiri~


~Wallahua’lam~

No comments:

Post a Comment